Wednesday 31 August 2011

Ilmu Ketika Langgar Rumah

Syawal kali nie rupa-rupanya best gak.  Tadi dpt study caner nak wat air ekstrak buah mengkudu secara semulajadi.  TERUJA gak coz dengar cerita ekstrak ni boleh dijadikan ubat gout, kanser, kencing manis dan lain2.  Lepas tu dapat lawat rumah burung walit dan nengok burung walit sedang buat sarang ... mungkin ini jadi titik mula nak involve lam bisnes lak hehehehe ...JUST angan2 raya dan mungkin hilang selepas Syawal tahun ini berlalu ... entahlah!  Harap2 selepas ini akan sentiasa INGAT!!!!

Tuesday 30 August 2011

Pagi Syawal Ke-2

Bangun and solat subuh.  Tak der plan 4 today.  Just malam tadi, tetiba tergerak study create blog ngan adinda Inot, blogger otai.  Ya-lah, ada masa kita perlu share sesuatu milik kita yang mungkin juga boleh jadi milik orang lain.  Lepas ziarah sedara-mara mlm tadi, hari nie continue lak nak ziarah lagi.  Ya-lah at least sekali setahun kita minta maaf ngan family and sahabat handai.  lagipun, kita kan selalu busy memanjang. al-maklumlah setiap kita ada komitmen tersendiri dalam hidup.  Paling penting, kita tak tau NOKTAH hidup kita.  Sekurang2 kita dpt minimize DOSA ngan org lain tatkala dosa2 berguguran time kita bersalam.  BUT jangan amik kesempatan lak tuk bersalam ngan bukan muhrim atas alasan minta maaf.  INGAT matlamat tak mengHALALkan cara.

Kisah Syawal Tahun Ini

Syawal tahun nie best gak.  Aku dapat berita tentang ex-teacher time primary school. Namanya Balwinder Singh.  One of my best teacher.  Time tu aku baru jumpa dan kenal orang berbangsa singh.  Dgn serban dan gelang silver di tangannya.  Lau boring dia dendangkan lagu Chalte, Chalte atau Yadoon Kibaarat ... hingga aku dan geng aku siap nyanyi macam citer tu bila balik sekolah.  bila dia buka serban .. kami terkejut bila lihat rambutnya yang panjang but, kejap jer.  Lepas tu, kita jadi best friend dan we all rasa teruja bila dengar dia akan datang menjenguk hujung tahun nie atau tahun depan.  Bygkan dpt refresh kenangan 19 tahun yang lepas!!!

Syawal

Syawal datang lagi.  Syawal yang menang atau kemenangan itu tidak semutlak  mana.  Yang jelas, yang menang hanyalah iman tatkala mampu mengharung puasa dan kemenangan ini mungkin tidak kekal kerana hari pertama syawal aku sudah kalah dengan air cola dan kuih lapis yang katanya halal dan tidak menggunakan GOLDEN CHURN!!!

Salam Pertemuan

Selamat datang ... Blog nie just satu ruang bagi aku untuk melampiaskan rasa bosan aku dengan cerita dunia yang semenjak dua menjak nie ibarat apong latup yang tidak pernah memungkinkan tumbuh sebuah pulau baru di muara.