Wednesday 14 September 2011

Dijajah atau Dinaungi?

     Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof. yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British.  Pada beliau, negara kita just DINAUNGI oleh British yg ketika itu sememangnya popular dgn dasar imperialisme dan colonialisme mereka.
    Apapun kita kembali semula kpd sejarah silam.  R. Bonney 1965, dlm "Francis Light and Penang" pernah menjelaskan bhw pertapakan Inggeris bermula di Pulau Pinang pd. 11 Ogos 1786  kemudian diikuti S'pura, Melaka, Neg Mel. Bersekutu dan Neg Melayu Tdk Bersekutu. 
    Selain tu, ada lagi geng org putih yg datang ke negara kita iaitu PORTUGIS yg berjaya menakluk Melaka pada 1511 dan juga Belanda.  Yang  lebih menarik ialah negara kita juga pernah berada di bawah Acheh dan juga Siam serta hebatnya pengaruh ORG2 BUGIS dlm kerajaan Melayu kita.  Kita semua RENUNG2KAN  apakah persamaan dan perbezaan kedatangan org2 ASING ini dan bgmkah cara yg boleh kita gunakan spy kita dpt membuat ketetapan bhw pihak ini PENAUNG dan pihak yg lain adalah PENJAJAH.  Apa yg jelas, kedtgn bangsat2 asing ini sebenarnya TIDAK DISENANGI org2 tempatan.  Inilah yg menyebabkan berlakunya GERAKAN PROTES terhdp pihak ini TERUTAMANYA pihak British yg sbrnya TELAH BERJAYA menjajah kita sampai hari ini.  Tak caya, lihat perlembagaan kita yg masih lagi berpegang kpd udg2 British sampai hari ini.
     Utk flshback kita semua, pihak2 yg dtg ni sbnrnya JUST nak ambil HAK kita dan bukannya menjaga kita.  TAK caya lihat pada prinsip 3 G mereka ( God, Glory and Gold ).  Tak der pun ckp take care.  kalau ada pun, just apabila kepentingan mereka terjejas.  Ambil mudah, antara sebab kecik PROTES msyrkt tempatan ialah Bab Cukai yg diambil alih British ( Sure bukan utk membangunkan negara kita but utk membangunkan NEGARA mereka sendiri ).  Tu bab kecik.  bab besar lak ialah pentadbiran dan ekonomi.  Tuk pengetahuan semua revolusi perindustrian di Eropah juga sbnrnya mengajak mereka ke mari tambahan time tu dsr perluasan wilayah kuasa2 besar dunia juga merebak.  Berebut ler mereka nak pergi ke serata dunia especially kwsn kita ni yg akan menguntungkan mereka kerana GOLD yg kita ada iaitu galian2 dan tanah kita yg sesuai tuk mereka nak tanam getah.  Besa lah, org nak ambik untung buat2 BAIK.  Lepas tu, negara kita dikenal lak dgn dasar PECAH PERINTAH mereka.  Baik betul punya PENAUNG dan sampai sekarang kita MASIH BERPECAH hingga PM pun lancar 1 MALAYSIA. 
     Wahai org2 kita.  Sedarlah kita sbnrnya DIJAJAH.  Tiada fakta yg menunjukkan kita  DINAUNGI.  Lau ada pun just statement nk bagitau pihak lain JANGAN KACAU TANAH MELAYU, itu org AKU... Itu bukan PENAUNG, itu statement SAMSENG kerana mereka tdk mahu keuntungan yg mrk dpt dr kita ini akan diganggu org lain.  Bygkan kalau negara kita tiada kepentingan.  SANGGUPKAH mereka nak jadi BOUNCER kita?  NO WAY bro.  Tak kan dtg jauh just nak tolong org.   BAIK PUNYA.....
    Kpd yg telah wat silap tu, wat refleks diri ... Takkan ANAK2 sanggup berperang dgn BAPA kalau BAPA mrk itu adalah PENAUNG.  kalau Tuk Janggut, Mat Kilau, Rosly Dhoby, Datuk Maharaja Lela dan pahlawan2 ini masih hidup sudah pasti mereka akan buat GERAKAN PROTES bukan shj kpd BRITISH malah TALIBARUT BRITISH yg rupa2nya masih bertapak di kalangan bangsa yg mereka perjuangkan sehingga ke titisan darah akhir mereka membasahi bumi.

   INSAFLAH kita dan kenangkan JASA PEJUANG SEBENAR NEGARA kita yg tidak pernah menikmati kemerdekaan fizikal tetapi mereka telah bersemadi dalam KEMERDEKAAN yg sebenar iaitu MERDEKA MINDA dan SEMANGAT mereka.  Jangan kerana pukauan pihak PENJAJAH kita akan membiarkan diri kita dijajah sehingga kita tidak sedar bhw kita sendiri sbnrnya cuba menjadi sbhgn dpd penjajah.
    

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Hai,

    Nice info, lately ni memang suka sejarah walaupun masa SPM dulu dapat cangkul. I mean tak tercatat pun dalam dalam sijil mata pelajaran sejarah ini, jumlah subjek yang diambil 10, listed 9 aje. hehehe

    Suka juga baca sebab penulisan saudari ini adalah kontra dari pendapat professor yang saudari maksudkan. Mungkin Prof itu ada kepentingan.

    dua tiga kali saya ulang baca untuk pemahaman.

    Saya mungkin bersetuju yang bahawa kita masih dijajah.

    Tapi saya juga masih bersetuju apa yang prof tu kata.

    Kita tahu bahawa British adalah negara yang berpengaruh dan berkuasa besar. Ianya hampir tidak relevan sekarang.

    apa pun saya masih lagi mencari bahan2 sejarah tanah melayu. Yang pasti memang british mengakui tanah melayu adalah tanah pembentukan kerajaan orang2 melayu.

    Kalau di Brunei, Sultan memang ada memohon bantuan kuasa dari British. Saya tak pasti apa yang berlaku, mungkin di Brunei tiada super hero seperti Tuk Janggut, Mat Kilau, Rosly Dhoby dan Datuk Maharaja Lela.

    Tapi rakyatnya takut dgn orang2 British. Zaman dulu ada radio tapi tak secanggih sekarang. Mereka mungkin tidak pasti apakah tujuan British sampai di tanah Melayu.

    Saya tak boleh bagi jawapan sebab saya sendiri sedang mencari jawapan.

    Sekarang saya tidak mahu menyempitkan pemikiran saya dgn menganggap diri dan negara masih dijajah.

    apa yang british masukkan adalah pemerintahan demokrasi. Pemerintahan berdasarkan pilihan rakyat.Apapun kuasa sultan masih ada. Malaysia ditengah2. Apa jadi dgn kuasa sultan di Singapura?

    Kesultanan Melayu adalah Kerajaan asas Tanah Melayu. sama juga di Brunei.

    Saya masih dahagakan info2 sejarah. kalau saudari ada lagi info sila catatkannya di blog ini.

    saya suka untuk baca :)

    keep it up!

    ReplyDelete