Monday 12 September 2011

Macam-macam Tentang Sejarah

     Cerita tentang SEJARAH semenjak dua menjak ni meletup lak.  Apa pun yg org nak ckp tentang sejarah should refer to basic of history writing first.  ye-lah, sbnrnya sejarah ni merupakan satu ilmu yg luas dan tak dpt nak disempitkan.  Dari aspek penulisan sejarah pun... smua sure maklum, penulisan sejarah ni sbnrnya just pemikiran sejarawan yg ditulis berdasarkan sumber-sumber primer or sekunder dgn tujuan dan matlamat tertentu.  Jika kita kembali kpd sejarah penulisan sejarah dr dulu lagi, sememangnya penulisan sejarah ni adalah bertujuan untuk menonjolkan tokoh2 tertentu sbgmana penulisan sejarah klasik rom dan romawi dan keadaan ini akan mengakibatkan ketidakadilan kpd tokoh2 lain yg tiada kepentingan dgn pemerintah. 
  Hal2 sebegini biasalah kerana sbg manusia, kita sure akan cuba highlight pemberitaan perihal utk menonjolkan kelompok kita jer.
  Lau tak caya refer kat buku Pengantar Ilmu Sejarah ...  Penulis bagitahu "Setiap org mempunyai nilai tersendiri dlm menentukan kisah mana yg dianggap penting (significant ) atau bersejarah ( historical )...dan... tambahan oleh penulis ialah "Sesuatu kisah atau peristiwa itu bukan sahaja berbeza antara seseorg manusia, bahkan berubah-ubah menurut perubahan ruang dan waktu".
   Dlm hal ini masalah kesejarahan sst kisah adalah subject matter yg emphasis kpd aspek atau kisah tertentu yg dianggap lebih penting dpd yg lain.  Dlm ertikata lain, subject matter ini sbnrnya ditulis berdsrkan kepentingan kelompok tertentu sbgmn barat yg tegar dgn propaganda warna kulit mereka.
  Kpd pendebat2 sejarah yg tak mengkaji sejarih scr TULEN jgnlah asyik menyalahkan sesiapa krn penilaian terhdp sst kisah sjrh sbnrnya adalah subjektif berdasarkan pandangan individu sbgmn SI JEBAT yg dianggap derhaka suatu ketika dahulu ttp adalah seorg hero pd masa kini.  Begitu juga, dilihat dr aspek pensejarahan tokoh2 pejuang silam di kaca mata British spt Tuk Janggut, Mat kilau, Rosli Dhoby .... smua mrk ni dianggap pemberontak dan pengganas tp di mata kita they all adalah the real heroes.  Sbb tu, jgn judge karektor2 yg wujud dlm sejarah berdasarkan satu sudut shj.  Kita terima pandangan org lain dan kita buka ruang diskusi barulah dikatakan ruang penyemaian ilmu itu kita buka dan tidak berfikiran jumud semata.
 Selamat menelusuri dunia sejarah kerana kita pada hari ini sebenarnya adalah anak kepada jalinan cerita-cerita silam.

No comments:

Post a Comment